ALUMNI KDH diminta kemaskini STATUS GRADUAN...Pendaftaran Terbuka MODULAR - 19 JULAI 2014.Makluman awal Majlis Konvokesyen Ke-21

ALUAN PRESIDEN
Sebagai IPTS yang terjelma dari nyala semangat memartabatkan pendidikan anak bangsa, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) kini mampu menawarkan kualiti pendidikan yang mencapai piawai badan pengakreditasian.

Kursus-kursus yang ditawarkan sentiasa dikemaskini dan dikembangkan sesuai dengan misi pemerkasaan generasi abad 21 dengan ilmu yang relevan. Selain menawarkan kursus-kursus profesional KDH membina warganya menerusi penghayatan budaya kolej yang berasaskan nilai-nilai murni keagamaan.

KDH memang selamanya setia dengan iltizam pembinaan generasi terdidik yang berketrampilan dan sekaligus memiliki kesedaran keinsanan, keislaman dan kewarganegaraan.

Kampus KDH dengan lokasinya yang strategik memungkinkannya menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif-damai, tenang dan bebas dari gangguan hiruk-pikuk kekotaan. Kehadiran anda kami tunggu dengan ramah, mesra dan ceria.

Dr. Siddiq Fadzil,
Presiden Kolej Dar al-Hikmah.